Friday 28 September 2012

Operasi MB Chalet Ditutup Buat Sementara Waktu

Untuk makluman pengunjung.... MB Chalet telah ditutup operasinya buat sementara waktu.Ini kerana terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.Pihak pengurusan MB Chalet akan memaklumkan kepada pengunjung apabila ianya dibuka kembali... Segala kesulitan amat dikesali.. SEKIAN

Thursday 3 March 2011

Pertandingan memancing di Teluk Senangin....

          Pada 11-14 Mac ini akan diadakan pesta memancing di pantai teluk senangin... Kepada kaki-kaki pancing yang ingin menyertai pertandingan memancing boleh lawati disini. Kepada kaki - kaki pancing yang inginkan tempat  penginapan , bolehlah hubungi pihak MB Chalet untuk tempahan....

Tuesday 1 March 2011

SELAMAT DATANG KE MB CHALET


Pengenalan

            Teluk Senangin merupakan salah satu tempat perkelahan yang menarik yang terdapat di Negeri Perak. Teluk Senangin juga merupakan satu projek pembangunan kerajaan membangunkan kawasan percutian yang menarik bagi rakyat tempatan mahupun luar negara. Teluk Senangin terletak dalam kawasan Daerah Manjung.Ia terletak kira –kira 60 km dari Bandaraya Ipoh. Antara bandar yang berdekatan dengan Teluk Senangin ialah Manjung, Setiawan , Pantai Remis , Segari dan Lumut.

               Pada hari ini Teluk Senangin telah pesat membangun. Banyak hotel, chalet telah dibina untuk kemudahan pengunjung. Kerajaan Negeri bersama-sama Majlis Daerah Manjung telah berusaha untuk menaik taraf kemudahan – kemudahan asas seperti jalan raya, air dan elektrik. Untuk memenuhi kehendak pengunjung yang datang ke Teluk Senangin maka saya mengambil peluang untuk mencebur diri dalam bidang perniagaan ini.

                MB Chalet telah didirikan atas kawasan seluas ¾ ekar pada tahun 2010.Chalet ini terletak lebih kurang 150 meter dari kawasan pantai dan mengambil masa lebih kurang 5 minit berjalan kaki.Chalet ini dikelilingi dengan pokok-pokok sawit dan tempat ini tenang dan damai dari keriuhan dan kebisingan. 

               Chalet ini mula beroperasi pada 01 November 2010. Pada peringkat permulaan 5 buah bilik ditawarkan kepada pengunjung yang datang.Peringkat permulaan ini , perkhidmatan yang ditawarkan adalah tempat penginapan sahaja untuk para pengunjung. Selain itu dapur juga disediakan untuk kemudahan pengunjung memasak. Pengunjung hanya perlu membawa barang-barang keperluan untuk dimasak. Untuk peringkat permulaan ini , promosi harga yang ditawarkan adalah RM80 semalam. Harga ini amat berpatutan setanding keselesaan yang diberikan.
                  MB Chalet juga merancang untuk menambah 10 bilik lagi pada masa akan datang untuk memenuhi kehendak dan keperluan pengunjung . Kerja pembinaan sedang dijalankan dan dijangka siap pada bulan Ogos 2011.





                                                 
                                               SELAMAT DATANG KE MB CHALET





                                           BILIK YANG DISEDIAKAN UNTUK DISEWA






                                    BILIK YANG DISEDIAKAN MAMPU MENAMPUNG 5-6 ORANG
                                    PENGUNJUNG





                                   
                                  KATIL 'Q' SAIZ UNTUK PENGUNJUNG BERISTIREHAT BERSAMA 
                                    KELUARGA







                                    KEADAAN BILIK AIR DAN TANDAS YANG SELESA





           
                               PANTAI TANG TERLETAK 150 METER DARI TEMPAT PENGINAPAN






                                      LEBIH KURANG 5-6 MINIT BERJALAN KAKI
                                        KALAU NAIK KERETA KEJAP JE...







                                  TEMPAT KELUARGA BERKELAH DAN MANDI MANDA




                    
                                      TEMPAT KAKI-KAKI PANCING  MEMANCING





                                  ANTARA IKAN YANG ADA DISINI GELAMA,
                                  DURI, SEMBILANG, SENANGIN DLL..





                                 MANCING IKUT NASIB DAN REZEKI MASING-MASING....





                                  PEMANDANGAN PANTAI DI WAKTU SENJA




                                 PEMANDANGAN YANG MENENANGKAN PERASAAN




                                
                                       PEMANDANGAN KAMPUNG NELAYAN



                                       PEMANDANGAN  KAMPUNG NELAYAN



 
                                           PETA KEDUDUKAN TELUK SENANGIN....